Thursday, May 26, 2011

Pengisian Rohani : Kita insan yang lemah~


salam kawan2. aku nak mintak maaf bnyk2 sebab dah lama aku tak mengarang blog aku nih.aku tgh jadi komiti ta'aruf week untuk sambut bebudak baru yang masuk UIAM sesi 2011/2012 nanti. so, harini aku nak share ngan korang. ada sedikit kaitan dengan diri aku.jadi sama2 lah kita amik ikhtibar dan pengajaran dari apa yang aku akan tulis nanti.

sebenarnya dalam aku jadi komiti untuk program nih, aku ada masalah yang sangat besar. aku tak boleh cerita masalah ape,sebab ianya berkaitan dengan hati dan perasaan. apabila begitu, manusia akan menjadi sungguh lemah sekiranya ditikam melalui cara yang berlainan yang berkaitan dengan hati dan perasaan.


apabila jadi macam tu, korang jangan mudah mengalah. so, aku tak tahu la steps yang aku buat ni berjaya atau tak.tapi aku buat bende ni kalau aku terasa sakit sgt2. (sakit dalam hati)

Bukan aku eh =.="


kalau korang ada masalah, step yang pertama adalah korang kena DUDUK dan TENANG kan diri...then korang MENANGIS seolah2 meratapi ape yang berlaku kat korang sepanjang hidup korang (yang akan membuatkan korang menangis). apabila begitu, secara automatiknya korang akan INGAT ALLAH s.w.t. kerana sifat manusia memang begitu. bila takde tempat nak mengadu, Allah s.w.t. yang mereka cari. jadi, korang MENGADUlah sepuas2 nya seolah2 Allah s.w.t. mendengar kata2 korang. (Allah s.w.t. Maha Mendengar)..dalam mengadu korang tuh, korang kena BERJANJI dengan Allah s.w.t. yang korang akan melakukan apa yang disuruh oleh NYA dan tinggalkan laranganNYA. bila dan berjanji, korang kena TUANIkan lah..kalau tak, ianya seolah2 sia2 je korang mengadu..sambil2 tu MOHON (doa) la hidayah dari Allah s.w.t. dan keampunan dari NYA.

Sentiasa mohon keredhaanNya~


Sebenarnya, Allah s.w.t. nak uji korang samaada korang nih tabah dan kuat tak nak lalui ujian dariNYA sambil mengingatkan korang untuk beribadat kepadaNYA..apabila korang ada masalah, sebenarnya Allah sayang korang sebab dia uji korang dan kesannya, korang akan ingan DIA selaku Maha Pencipta.

so, korang kenalah jaga hubungan dengan Allah..jgn la bila ditimpa masalha je baru cari Allah, tapi bile korang happy, korang alpa dan lupa diri..untuk naikkan semangat korang, cheers kan diri korang dengan memikirkan apa yang Allah dah bagi kat korang.sebenarnya korang je yang tak perasan atau tak bersyukur dengan pemberianNya..aku pon kadang2 alpa.tapi kita sesama manusia akan saling pesan memesan antara 1 sama lain..aku pesan kat korang dan diri aku sekali..

marilah kita sama2 beribadat kepada Allah.. dunia, dunia gak, akhirat jgn lupe :)
salam sayang dari saudara mu,
Muhammad Syaqil Iberahim. ^^,
hendaklah kita menjaga hubungan kita dengan Allah :)

Sunday, May 22, 2011

Pergaduhan Pelengkap dalam Persahabatan~

salam. kawan2. maaf la lame aku tak menulis blog.. (lame ke? sebab baru 1 hari je aku tak tulis.hahahaha) dan aku rasa mesti korang tertunggu2 kehadiran artikels dari blog aku kan? (tangan di dada, mata ke atas)..

tajuk aku hari ini adalah : Pergaduhan Pelengkap dalam Persahabatan~



Definisi pergaduhan ini adalah bermaksud pertelingkahan atau pertidak sefahaman antara dua pihak disebabkan satu punca yang terdiri daripada perbagai peringkat dan tahap.

oke2.fine.mesti korang tak paham kan.tetibe je aku sebut pasal pergaduhan.sebenarnya ada beberapa peringkat dalam kita mencapai tahap menjadi sahabat yang sejati (figure 1)

Figure 1
Dalam mencapai tahap untuk kearah menjadi sahabat yang sejati, korang perlu melalui step2 ni.aku akan explain kan kat korang step by step supaya korang tahu kat mana level korang ngan kawan2 korang. :)

1. Kenalan~
maksudnye korang kenal dia je.tapi korang tak tahu prangai dia atau tak tahu secara lebih detail la.contoh nye  dalam UIA ni ramai student.tapikan, kadang2 korang terserempak dengan ada mamat nih kat Mid valley, familiar je muka dia. korang tahu dia budak UIA, tapi korang tak tahu detail.means dia kenalan korang la tuh.kenalan ni korang akan tegur dia time terdesak je.contoh lagi, korang tgk ada awek kne kcau dan awek tu korang kenal (kenalan), so, automatiknya korang akan tolong dia la.hahaha (kalau korang baik dan berani la =.=")

2. Kawan~
kawan ni bile korang dah kenal antara satu sama lain.maksudnya bile korang terserempak, korang akan tegur la each other. mostly classmate korang atau mutual friends. sampai tahap ni, korang dah kenal prangai dia dan korang boleh start working together. :) tapi takde la sampai nak share problems ke, atau tetibe korang datang kat dia, nak sembang2 pasal Remy Ishak ke o ape2 la. =.=" haha

3. Teman~
kalau korang nak share sangat, kat sini korang boleh. :) sebab teman ni akan menemani anda kat mna jua. kalau korang sama kelas, dalam kelas, korang akan terasa untuk nak panggil dia kalau2 korang ada masalah.kalau nak g mne2, korang lebih selesa ajak dia untuk teman ada.dan kalau anda nak pegi kluar jenjalan ke, mesti korang akan ajak dia. mosly bende yang aku nak cakap kat korang adalah, korang telah mencapai satu tahap dimana korang selesa dengan teman korang masing2. tahniah :)

Budak2 Ex-MRSM Jeli yang masih study kat UIA ~


4. Sahabat~
fuhh! kalau sampai tahap ni, memang best.!! korang mencapai tahap kemanisan bersahabat.hahaha nak tau macam mne korang nak tau yg korang dah sampai ke tahap ni, korang boleh rasa sendiri..kalau korang dah lebih dari Kenalan (as mentioned), means korang dah mencapai pada tahap yang begitu membanggakan.aku suka!! mase ni, korang tade la nak control2 ayu ke, atau korang malu2 segan2 lagi ke.sebab korang hampir share everything ngan diorang. kalau ada pape masalah, korang akan rujuk dia. aku rasa tak perlu lah explain panjang2 sebab Allah dah bagi anugerah kat korang supaya dapat feel bende ni :)

Lepas habis event DEAN'S CUP ~


aku dah explain pasal step dia, dan sekarang korang kne tau sebab ape pergaduhan ni adalah pelengkap. sebenarnya kalau korang bergaduh dalam persahabatan, maksudnya korang try untuk matured kan perhubungan korang dan ingin mencapai satu kata sepakat yang lebih baik untuk diri korang. seperti definisi pergaduhan dalam persahabatan yang aku mentioned kat atas, korang boleh tau tahap macam mne korang bergaduh. contohnya korang bergaduh atas reason sensitivity ke atau atas pergaduhan kecil atau pun bergurau. itu semua wujud dalam persahabatan kan. so kalau2 la atas reason bergurau, kurang2 kanlah berguaru incase dia tak suke.korang kene pandai jaga hati diorang jugak.

satu lagi bila antara korang, salah satu try untuk nasihat kau ke ape ke, cube lah terima dan jangan membantah. jgn pulak kecik ati ke atau kau buat2 muke plak.sebab diorang sebenarnya taknak perkara tu terjadi lagi dan inginkan kesempurnaan antara korang :) so, jgn lah kecik ati ye~~

2008-MRSM Jeli.

kalau aku tulis tajuk dia PERGADUHAN PELENGKAP PERSAHABATAN, jgn plak ko tetiba cari pasal atau nak gadoh2..kalau wat cam tu, nampak cam tak real la..which is, korang created bende tu sendiri~

akhir kata "salam sayang buat SAHABAT~"

Syaqil Iberahim.

Friday, May 20, 2011

Macam2 jenis kawan~

Salam kawan2.aku nak share sikit kat korang tentang persahabatan lagi. hehe. sebab aku nih hidup penuh dengan kawan2. :) thanks you alls~

kat dalam dunia ni, korang ada macam2 jenis kawan.dah semestinya korang kne layan diorang diffidently mengikut diorang punya perangai. contoh nya, kalau kawan korang tu jenis yang lasak, jgn korang ajak dia main masak2 pulak.hahaha =.="

1. HYPERACTIVE~
maksudnya dia ni suke banyak cakap la, kongsi itu, kongsi ini.aku suke kawan ngan diorang.sebab aku pon jenis yang bnyk cakap.hehehe so, korang kalau tak biase, korang layan je diorang nih. sebenarnya, diorang bnyk cakap, dan kongsi itu ini dengan korang, means diorang nak korang rasa selesa dengan dia.so, kalau korang ada masalah, dia harap sgt2 korang cari dia untuk tempat mengadu.~ hehehe aku pon selesa ngan orang yang macam ni dan biase nya diorang ada bnyk idea kalau nak wat ape2.sebab bnyk cakap :)



2. NERD.~ 
ini adalah kawan yang suke ngadap buku ke, atau bile korang ajak hang out, diorang bimbang, assignment tak siap lagi la, esok ada kuiz la, segala bagai alasan dia bagi kan. orang macam ni, kalau nak hang out, korang kene ajak kluar mase lpas exam.jgn la ada gap masa exam plak ko ajak kluar. lagi 1, korang kene hormat dia punya keputusan. orang nak buat baik, jgn halang.~


Firzan Izwan


3. WAROK~
warok ni maksud dia alim atau orang yang sering berkopiah,bertasbih,dan berjubah. :) kawan macam ni bagus tau.kalau aku, aku jadikan diorang sebagai penanda aras untuk melakukan sesuatu bende.contohnya, nak buat samting yang agak berdosa, (fly) aku tnye diorang dulu, agak2, berdosa tak? hahaha :P lepas tu tiap2 malam boleh la share2 cerita.dia bagi tazkirah kat aku.dan tazkirah dia best2. tapi kalu dia ada tegur korang, jgn la cepat melenting, just iya kan saja.kau senyum.jgn buat muke pulak.then atas korang la nak terima ke tak. terima kasih kat FIRZAN IZWAN, romet sehidup semati aku~



4. SELOW~
kenapa aku cakap selow, sebab kita cakap sepatah, dia buat sepatah. hahaha.aku suke kenekan kawan yang macam ni.tapi kadang2 diorang cepat emo tau. hehe jgn main2. diorang ni sebenarnya bukan selow.tapi diorang sebenarnya tak dapat pendedahan yang sewajarnya.maksud aku maybe diorang kne kong2 ngan parents ke.walahualam la. tapi kawan yang macam ni, ko kne bnyk bergurau sikit2 je ngan dia.( bergurau dgn kadar yang banyak tetapi jgn gurau yang over). supaya nanti diorang boleh sesuaikan diri dengan kita yang bnyk cakap ni.hahaha lagi satu, kalau diorang ada masalah, mungkin diorang akan rujuk korang :) masa tu aku ucapkan tahniah sebab kau berjaya menjadi kawan yang baik :D

5. POYO~
kawan yang macam ni boleh diharap.jgn singkirkan dia sebab dia poyo atau bajet. dalam sengal2 diorang pon ada gunanya jugak.sebab dia akan melakukan sesuatu sebab nak marketkan diri dia.so, kalau korang nak cari komiti publisity and promotion, pilih2 la diorang.hahaha mesti gempak ko punye program.aku tak tujukan sape2.tapi mengikut pengalaman aku kat MRSM dulu.hehehe sebenarnya diorang pon bukan nak bajet sgt...balik2 korek idung dalam jamban gak..hahahacume diorang anggap penampilan ni sangat penting!

6. LELAKI LEMBUT~
yang ni korang just paham isi hati dia je.sebenarnya bukan kehendak diorang untuk jadi macam ni.kalau boleh diorang nak BERUBAH jadi macam korang yang sempurna (sempurna la sgt). kawan macam ni perlukan perhatian dan korang kene olwez tnye kabar, macam caring la. tapi kalau dah lebih2 tu, jgn layan sgt. ni ada kes budak laki layan sangat mamat2 patah ni..so diorang admire la.lepas tu bukan nak bawak ke jalan yang benar pon.ko layan, layan jugak, tapi jgn over la. sambil2 tu dakwah sikit2. insyaalah, dia pon tak boleh idup lama kalau korang asyik bagi ceramah je :p

~ Gambar sebagai hiasan ~
7. PEREMPUAN LASAK~
perempuan macam ni best tau kalau buat kawan.sebab diorang ni boleh tahan la.susah nak cari pompuan2 cam ni sekarang.hahaha macam2 boleh wat. diorang sebenarnye bukan lasak sgt pon.dah nama nye pompuan,takkan ke mana gak, kne ayat sikit je dah cair~ hahahaha kalau ada kawan macam ni, korang layan je.sebab dorang pon ada hati dan perasaan.teringin nak buat ape yang lelaki buat.but kalau2 la nampak lain sikit tuh, kita selaku kawan2 yang baik ni nasihat la kat dia :~

8. MAT MOTOR~
aku ada ramai gak kawan2 yang minat moto.even abg aku sendiri pon mamat moto.tapi aku tak la minat sgt.sampai obses.stakat naik moto laju2 tu biase la. hahaha. sebenarnya kawan2 korang yang mamat2 moto ni bukan nye mat rempit.dalam hati ada taman.kalau korang naik moto dgn dia, dia akan bawak selow2 tahap kura2 tau.semata2 nak make sure korang ni selamat.hahaha sweet kan? 
p/s: "orang minat moto ni bukannya jahat sgt" (itu kalau kat JOHOR) tapi kalau kat KL, kau naik 125, malam2, kononnye la nak patuh undang2, 60 km/h, aku rasa mati korang kene samun.hahaha kat KL kne naik laju2 kalau malam2.sebab bahaya sangat.ada yang sampai bunuh2.jgn main2 tau.aku saje nak pesan2 sikit.pengalaman kwan aku.haha kita share2 la. tolong pesan2 la kat kawan kau tu.

9. BUDAK2~
ni maksud aku bukan kawan2 kau yang bawah umur, tapi kawan2 kau yang ketiaknya dah bebulu, tapi belum2 matured lagi.hahahaha diorang ni macam budak nerd+selow. lagi teruk.kalau kita buat samting yang dewasa skit, mesti diorang terkial2.tape2.budak2 camgini, kau layan je.dia nak coklat, kau bagi je.asal kan tak nyusah kan kau.tapi pertolongan kau terhadap diorang ni amat2 sgt2 diorang hargai.so, tolong2 lah diorang ni.hehehe~

sebenarnya ada bnyk lagi category2 kawan ni. Insyaalah, nanti aku sambung :)

kalau ada macam2 jenis kawan ni memang best.tak abes2 layan diorang.kalau korang kawan aku. teke, mne category korang :)
assalamualaikum~

syaqil iberahim =.="

Cerita pasal Abah~

salam kawan2.
aku nak share la sikit tentang kehidupan aku ni. aku nak kenalkan insan yang terpenting sekali dalam hidup aku. IBERAHIM ISMAIL~

Iberahim Bin Ismail.
42 Tahun (1999)
Orang kat tepi ini adalah abah aku. sekali tgk macam garang tapi penuh dengan kasih sayang. ABAH. antara perkataan yang paling jarang aku sebut dalam dunia ni. kerana seawal usia 42 tahun, abah aku pergi meninggalkan kami pada tahun 1999. aku terdiam membisu dan berfikir, apakah ini adalah normal kepada kanak2 lain yang berusia 7 tahun seperti aku? atau aku antara yang terpilih untuk diuji seperti ini? hanya Allah yang tahu. aku hanya redha dengan pemergiannya walaupun hati ini terasa cacat kerana dibesarkan tanpa abah.setelah sedar akan kehilangan abah aku, aku seperti terkial2 mencari kasih sayang seorang bapa. apa yang seorang bapa perlu lakukan kepada anak dia yang berusia 7 tahun ini terbantut.namun aku perlu teruskan hidup ini.

Kadang2 aku cemburu melihat orang lain cerita pasal keluarga diorang. aku kadang2 rasa pelik dan terfikir, kenapa lah aku?..dan aku slalu fikir, kalaulah abah aku ada lagi sekarang....

Saat pemergian abah aku, mase tu aku exam. lepas jawab exam, aku tidur memangku lengan aku.ustazah pon datang kearah aku dan kejut aku.dia tnye, "awak nangis ke?" aku cakap aku mengantuk.dia cakap abg aku datang. aku pon balik la dengan penuh tanda tanya. masa tu, abg aku darjah 5, datang bersama jiran aku.nasib baik abg aku tak pergi sekolah.sebab dia yang tunjuk jalan kat jiran aku.terus dibawa ke rumah nenek aku.sampai kat rumah nenek, aku tgk ramai orang.aku tertanya2 lagi.mak aku panggil. aku tgk sekujur tubuh terbaring atas tilam.aku seperti sudah agak apa yang telah berlaku.aku pun tak ingt apa yang berlaku pada masa itu kerana seusia 7 tahun, ape lah sangt yang aku ingt. aku pernah mintak dengan mak aku, "mak, adik nak pegi main kat luar?" kerana ramai spu2 aku kat luar.mak aku tak kasi dan dia menjawab dengan perlahan2 "adik, esok abah dah takde.tengok la abah puas2" aku pun akur.sebak jugak walaupun 7 tahun..



ada kalanya aku menangis keseorangan meratapi nasib aku yang takde abah. kawan2, susah tau takde abah.mase kecil memang aku tidak merasakan pemergiaannya, tapi bila dah besar, rasa seperti satu kehilangan yang teramat sangat.

abah aku meninggal dunia kerana dia sakit barah hati.disebabkan merokok.jadi, kepada kawan2 aku yang merokok, fikir2 kan lah. masa depan. Isteri, anak2.takkan nak tinggalkan macam tu je.tapi pemergian abah aku seperti dirancang.abah aku dah sediakan rumah2, duit2 untuk anak2 dia dan segalanya.sesungguhnya walaupun begitu, pemergian seorang ketua keluarga amat diarasai.

masih lagi aku ingt, pada 6 tahun.aku bunyi enjin kereta abah aku.aku tak tahu dia nak ke mana, tetapi aku bergegas berlari keluar rumah untuk mendapatkan abah.aku pun masuk dalam kereta.abah aku pon bawak aku.aku pun tak tahu nak pergi mana. rupa2 nya abah aku bawak aku pergi Ulu Yam.aku mase tu tak bawak seluar spare.tapi aku tetap mandi. aku balik basah.dalam kete,abah lapitkan aku surat kabar untuk kurangkan basah pada kusyen kerusi kete. memng tak jangka abah nak bawak pergi kat situ.aku ikut je.



lagi kenangan aku dengan dia, ada suatu ketika,abah aku nak pergi tak tau kat mana, tapi aku cakap kat abah aku "abah nak g jumpa awek eh? " abah aku iyakan saja sambil senyum kecil. lepas tu aku seperti kanak2 lain, aku minta abah belikan aku mainan..selepas abah pulang,begitu banyak mainan dia beli kat aku. layang2 lah, pistul la, badminton la, dan banyak lagi. aku tak pernah segembira itu.

kawan2, tak banyak pengalaman aku dengan abah aku,,.korang yang ada abah, jge lah elok2..sayangilah diorang..aku tak boleh tgk abah orang, rasa nak peluk. cgu aku sendiri pon aku peluk sebab aku anggap dia macam abah aku. lepas ni, korang post atau SMS kat abah korang, ucap terima kasih sebab jaga korang dah korang kne bersyukur adanya abah..aku cakap ni sebab aku dah tak sempat nak buat semua2 tuh. selaku kwan yang baik, aku pesan kat korang. :)

kalaulah abah aku dengar sekarang ni, aku nak cakap kat dia :

"Abah, kenapa abah pergi awal sangat.kadang2 adik cemburu tgk diorang yang ada abah.kalau abah nak tau, adik dah masuk U sekarang.dah lama kan abah tinggalkan adik kan.adik tak dapat bayangkan kalau abah ada sekarang.sebenarnya secara jujur adik memang tak biase dengan panggilan abah.susah sangt rasa nak sebut.tapi adik memang tak dapat la gambarkan betapa gembiranya adik kalau abah masih ada lagi.macam2 adik nak tunjuk kat abah.kalau boleh, adik nak bagi tau 1 dunia adik ada abah.abah, adik sayang abah."

Sayangilah bapa anda dan hargailah kewujudannya.

Syaqil Iberahim~


"dari anak ABAH"


Thursday, May 19, 2011

Persahabatan itu indah


salam.kawan2.

hari ini aku nak bercerita sedikit tentang kawan2. atau persahabatan.

for sure antara kita ni ada ramai kawan kan.tapi macam mne kita nak define yang mana kawan sejati kita. pernah tak korang rasa macam ada 1 connection antara korang. means kalau korang tahu kawan korang tuh jalan2 sorang2 ke di tempat yang dia tak tahu, mesti korang rasa cam tak sedap ati..sentiase je nak hubungi dia. itu lah nma nya connection (memahami antara 1 sama lain).ianya berlaku tak kira antara lelaki ngan laki, pompuan ngan pompuan atau laki ngan pompuan. bile ada keserasian antara korang, apa2 yang akan berlaku, korang terpaksa hadapinya sama2. ianya adalah 1 tanggungjawab dalam persahabatan.


kalau korang rasa ada 1 connection with the same gender, itu bermakna korang adalah best frend forever. korang memang menjadi complementarity each other. bila kau susah, aku tolong, bile aku susah, kau tolong. sebab tu, antara korang yang telah pon declare menjadi sahabat, tak boleh la segan2 bila kawan nak tolong kita.itu bermakna dia mengharapkan dan percaya akan korang supaya membantu dia dimasa dia susah kelak.


kadang2, korang boleh predict ape yang dia akan buat kalau situasi dia macam ni...maksudnya korang dah masak dengan prangai dia.so, means that korang dah ada connection. kalau aku, kawan2 sejati aku tahu prangai aku macam mne..muke aku akan berubah kalau orang tuduh aku macam2 seolah memang aku buat bende tu.aku pon tak tau.lemah semangat.haha


ape berlakunya jika kita bergaduh? bagi pendapat aku, kalau kita bergaduh, macam tak serasi kan, kita sebenarnya perlu kesefahaman antara 1 sama lain.salah 1 dari korang kene beralah la..kalau korang tannak beralah, cube fikirkan, takkan la persahabatan yang korang bina selama ni, nak akhirkan macam tu je..korang tak rasa rugi ke? korang dah paham antara 1 sama lain, macam mne plak boleh bergaduh..fikir2 kan lah.aku cakap ni bagi kawan2 yang ada connection. yang takde lagi, forsure la kau akan kata LANTAK kau la.hahaha (kalau aku pun cakap camtu gak)


so, kenapa aku katakan persahabatan itu indah? sebab korang ada connection antara korang yang tak dapat dicipta dengan sendiri.ianya adalah anugerah dari Allah dan hadirnya perlu persetujuan dari kedua2 belah pihak. tahniah kepada yang telah mencapainya.dan aku rasa kawan2 kau ni adalah sepenuhnya keluarga kau :)









INGAT :

1. jangan segan2 nak tolong n mintak tolong kawan (kalau segan, takde connection lagi)
2. bantu kawan kalau dia ada masalah (kadang2 dia pon malu nak mintak tolong.kita kne tnye dia selaku kawan yang sejati )
3. jgn tikam belakang kawan (yang ni aku paling benci)
4. cepat2 amek tindakan sebelum kawan yang dia tak rapat tolong dia (wat malu je jd kawan baik dia)
5. kalau lama tak kontek tu, calling2 la.mne tau dah mati ke. (nauzubillah)
6. tinggalkan ego korang.( kawan2 korang dah tau prangai korang =.=")
7. jgn jeles n jgn halang dia bila kawan korang lebih rapat ngan orang lain. (maybe dia nak try cari kawan lain buat backup incase kau mati )

*maaf, bahasa aku guna ni maybe agak kasar.tapi aku harapkan maksudnya sampai.

Sebab apa trouble is a friend? sebab ianya adalah satu masalah untuk make sure kan korang supaya ada dalam keadaan yang selamat dan gembira :)









Syaqil Iberahim


Tuesday, May 17, 2011

My hobby :)


Salam.

kalau korang nak tahu, aku suka sangat edit gambar. entahlah kenapa. aku tak belajar pon adobe Photoshop, tapi aku suke bebenor explor bende2 cam gini :)

contoh2 gambar aku edit :

Masa aku pergi Sunway Pyramid dengan best frens kat UIA.
Syahmi, Aku, Mazlan, Kamil Irsyad.


Masa pergi jalan2.ni dalam tandas KLCC.haha

Ni kawan2 aku. mase last class LEM 0520.
Pia Azizan, Farhana, Zaheeda, Ca Hassan, Hanim Hamid.

Ni masa last classes sem 2.clas Introduction To Law.
Hanif, Mus, Ca, Wan, Pia, Zaa, Fana, Hanim, Yatt, Alynn, Sha2. :)

Ni mase jamuan kelas :P
ada bnyk lagi.nanti korang boleh tgk 1 per 1 la.
so, follow la blog aku :)
sekian,terima kasih :)

Kawan2 aku :)

Salam~
aku ada ramai kawan.tapi bukan semua yang aku kawan. sebab ada yang aku tak biase dengan diorang.ada diorang yang nak sesuai kawan ngan aku.emm. aku nak cerita pasal kawan je :)

sekarang nak cari kawan sejati memang susah.tapi aku ada formulanya. kalau ko kawan ngan seseorang tu masih ada rasa segan dan silu antara korang, dia bukan kawan sejati korang lagi.sebab mcam mne kau nak tolong diorang kalau korang segan antara satu sama lain.bukan tak boleh jadi kawan sejati, tapi belum.kne tggu masa dia akan tiba.

aku ada jugak kawan yang segan dengan aku.aku tolong dia bnyk.dia pon bnyk kot tolong aku.but dia still segan ngan aku.aku tak tau la knape.but aku rasa kitorang tak sampai masa nya lagi.dan aku akn tunggu saat itu :)

Farish Ashri, Faiq Hassin, Ali Yahya, Syahmi Rozi, Aku.

Ni kawan2 aku kat MRSM Jeli dulu..mase form 1 sampai sekarang. masing2 tgh sibuk belajar.mase dulu, tak fikir pulak yang kitorang akan sesibuk ini. hahaha 

emm.macam2 kalau nak cerita kalau pasal kawan..tape lah.korang follow la aku.akan aku share ttg hidup aku :)
salam~


Monday, May 16, 2011

Ucapan Welcome :)

Welcome!

terima kasih kerana lawat blog ini. mesti korang nak tahu aa pasal ape blog ni.aku sebenarnya suka berkarya.tapi aku malas nak gune blogspot nih.susah. then, korang boleh add aku kat Facebook.

http://www.facebook.com/syaqiliberahim
aku active facebook account.ari2 online :)
kalau aku ada masalah, ke ape ke,aku post kat situ.

tapi sekarang, aku dah ada blog, mungkin aku akan postkan kat sini.so, follow la aku !


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...