Pages

Friday, May 20, 2011

Cerita pasal Abah~

salam kawan2.
aku nak share la sikit tentang kehidupan aku ni. aku nak kenalkan insan yang terpenting sekali dalam hidup aku. IBERAHIM ISMAIL~

Iberahim Bin Ismail.
42 Tahun (1999)
Orang kat tepi ini adalah abah aku. sekali tgk macam garang tapi penuh dengan kasih sayang. ABAH. antara perkataan yang paling jarang aku sebut dalam dunia ni. kerana seawal usia 42 tahun, abah aku pergi meninggalkan kami pada tahun 1999. aku terdiam membisu dan berfikir, apakah ini adalah normal kepada kanak2 lain yang berusia 7 tahun seperti aku? atau aku antara yang terpilih untuk diuji seperti ini? hanya Allah yang tahu. aku hanya redha dengan pemergiannya walaupun hati ini terasa cacat kerana dibesarkan tanpa abah.setelah sedar akan kehilangan abah aku, aku seperti terkial2 mencari kasih sayang seorang bapa. apa yang seorang bapa perlu lakukan kepada anak dia yang berusia 7 tahun ini terbantut.namun aku perlu teruskan hidup ini.

Kadang2 aku cemburu melihat orang lain cerita pasal keluarga diorang. aku kadang2 rasa pelik dan terfikir, kenapa lah aku?..dan aku slalu fikir, kalaulah abah aku ada lagi sekarang....

Saat pemergian abah aku, mase tu aku exam. lepas jawab exam, aku tidur memangku lengan aku.ustazah pon datang kearah aku dan kejut aku.dia tnye, "awak nangis ke?" aku cakap aku mengantuk.dia cakap abg aku datang. aku pon balik la dengan penuh tanda tanya. masa tu, abg aku darjah 5, datang bersama jiran aku.nasib baik abg aku tak pergi sekolah.sebab dia yang tunjuk jalan kat jiran aku.terus dibawa ke rumah nenek aku.sampai kat rumah nenek, aku tgk ramai orang.aku tertanya2 lagi.mak aku panggil. aku tgk sekujur tubuh terbaring atas tilam.aku seperti sudah agak apa yang telah berlaku.aku pun tak ingt apa yang berlaku pada masa itu kerana seusia 7 tahun, ape lah sangt yang aku ingt. aku pernah mintak dengan mak aku, "mak, adik nak pegi main kat luar?" kerana ramai spu2 aku kat luar.mak aku tak kasi dan dia menjawab dengan perlahan2 "adik, esok abah dah takde.tengok la abah puas2" aku pun akur.sebak jugak walaupun 7 tahun..



ada kalanya aku menangis keseorangan meratapi nasib aku yang takde abah. kawan2, susah tau takde abah.mase kecil memang aku tidak merasakan pemergiaannya, tapi bila dah besar, rasa seperti satu kehilangan yang teramat sangat.

abah aku meninggal dunia kerana dia sakit barah hati.disebabkan merokok.jadi, kepada kawan2 aku yang merokok, fikir2 kan lah. masa depan. Isteri, anak2.takkan nak tinggalkan macam tu je.tapi pemergian abah aku seperti dirancang.abah aku dah sediakan rumah2, duit2 untuk anak2 dia dan segalanya.sesungguhnya walaupun begitu, pemergian seorang ketua keluarga amat diarasai.

masih lagi aku ingt, pada 6 tahun.aku bunyi enjin kereta abah aku.aku tak tahu dia nak ke mana, tetapi aku bergegas berlari keluar rumah untuk mendapatkan abah.aku pun masuk dalam kereta.abah aku pon bawak aku.aku pun tak tahu nak pergi mana. rupa2 nya abah aku bawak aku pergi Ulu Yam.aku mase tu tak bawak seluar spare.tapi aku tetap mandi. aku balik basah.dalam kete,abah lapitkan aku surat kabar untuk kurangkan basah pada kusyen kerusi kete. memng tak jangka abah nak bawak pergi kat situ.aku ikut je.



lagi kenangan aku dengan dia, ada suatu ketika,abah aku nak pergi tak tau kat mana, tapi aku cakap kat abah aku "abah nak g jumpa awek eh? " abah aku iyakan saja sambil senyum kecil. lepas tu aku seperti kanak2 lain, aku minta abah belikan aku mainan..selepas abah pulang,begitu banyak mainan dia beli kat aku. layang2 lah, pistul la, badminton la, dan banyak lagi. aku tak pernah segembira itu.

kawan2, tak banyak pengalaman aku dengan abah aku,,.korang yang ada abah, jge lah elok2..sayangilah diorang..aku tak boleh tgk abah orang, rasa nak peluk. cgu aku sendiri pon aku peluk sebab aku anggap dia macam abah aku. lepas ni, korang post atau SMS kat abah korang, ucap terima kasih sebab jaga korang dah korang kne bersyukur adanya abah..aku cakap ni sebab aku dah tak sempat nak buat semua2 tuh. selaku kwan yang baik, aku pesan kat korang. :)

kalaulah abah aku dengar sekarang ni, aku nak cakap kat dia :

"Abah, kenapa abah pergi awal sangat.kadang2 adik cemburu tgk diorang yang ada abah.kalau abah nak tau, adik dah masuk U sekarang.dah lama kan abah tinggalkan adik kan.adik tak dapat bayangkan kalau abah ada sekarang.sebenarnya secara jujur adik memang tak biase dengan panggilan abah.susah sangt rasa nak sebut.tapi adik memang tak dapat la gambarkan betapa gembiranya adik kalau abah masih ada lagi.macam2 adik nak tunjuk kat abah.kalau boleh, adik nak bagi tau 1 dunia adik ada abah.abah, adik sayang abah."

Sayangilah bapa anda dan hargailah kewujudannya.

Syaqil Iberahim~


"dari anak ABAH"


11 comments:

Nurna Azrin said...

al fatihah buad arwah ^^

Syaqil Iberahim said...

thanks Nurna :)
kim salam abah awak~ haha

AppleCrumble said...

Semoga abahmu ditempatkan disisi mereka yg beriman...
Amiin~~

keep writing!

Syaqil Iberahim said...

Thanks Applecrumble :)

amin~

tepijalan said...

moga syaqil tabah.
Al-fatihah buat abah syaqil.

Syaqil Iberahim said...

thanks syark :)

PRINCESS DIARIES STORIES said...

syaq... sedihnya.. ak sebak kowt bace entry ko.. huhu.. ape2 pun ingt ek.. ad hikmah d seblik ap yg telh tuhn tkdirkn ke atas kitew.. Al Fatihah untk abah ko..

Syaqil Iberahim said...

niat aku nak suruh korang hargai korang punye father je even kito bnyk dok lebihkan belah ibu jeh.hahahaha thanks la miera sbb baca.keep reading my blog :)

PRINCESS DIARIES STORIES said...

of coz dear.. nice blog.. bru follow jah... hehe

zuhaida said...

al-fatihah buat arwah abah anda . semoga ditempatkan di kalangan orang beriman .

FatinKADIR said...

alfatihah...sdey sgt..nk mnitis jgk airmta..memg kte akn ckp n pkir 'KNPE KTE??'..kn???tp utk kkuatn kte kna tgok owg yg lg sush dr kter..ad hkmahkn ats smua ni...stiap org akn lalui bnda sme tp cpt @lmbt..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...